- See more at: http://www.microcyber.net/2014/12/5-script-untuk-blog-agar-lebih-seo.html?m=0#sthash.m8OKWOhx.dpuf

SWEET MUSLIMAH

SweetMuslimah.com

Digital clock - DWR

Search

Translate

Showing posts with label TIP. Show all posts
Showing posts with label TIP. Show all posts

Friday, 19 August 2016

5 SEBAB IBU BERPANTANG SEBAIK MUNGKIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Lima ( 5 ) sebab Ibu berpantang sebaik mungkin :


Imej dari Mr Google

1. Ibu berpantang sedang dalam proses pemulihan selepas selamat melahirkan bayi. Apabila kerap keluar rumah, ibu berisiko terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman.

2. Keadaan fizikal dan dalaman ibu berpantang yang 'tidak bersih' dan 'kotor' boleh menarik perhatian unsur-unsur negatif dan makhluk halus.

3. Bayi yang dibawa keluar bersama mungkin terdedah kepada gangguan anasir jahat, jangkitan kuman dan bermacam perkara negatif lagi.

4. Dibimbangi ibu boleh mengalami bentan akibat tidak cukup rehat kerana sibuk keluar rumah.

5. Ibu juga mungkin cenderung untuk makan makanan yang tidak sesuai untuk wanita selepas bersalin. Ini boleh menyebabkan proses pemulihan terganggu.




KREDIT : PA&MA

Baca < SINI >

*** coretan diariku
*** peringatanku



Monday, 8 August 2016

KETULAN AIS MEMBANTU ELAK JERAWAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Imej dari Mr Google



" wahhhh.... Sejuknya pakai ais ketul ini kat kulit pipi saya ni ..."


Saya baru pertama Kali memggunakan ais ketul ini untuk menghilangkan sedikit rasa sakitnya apabila datangnya waktu haidh.

Namun , selainNya menggunakan bahan-bahan pencuci muka yang terdapat dipasaran, pelbagai Cara mudah Boleh dilakukan bagi memastikan kulit Cantik Tanpa sebutir jerawat.

Ais selalunya digunakan dalam minuman. Malah , ada yang menggunakan ais untuk Mandi bagi menyegarkan tubuh badan. Ais dikatakan penawar paling berkesan untuk mengecilkan ruang pori-pori yang terbuka yang terbuka luas dan jerawat serta mempunyai banyak manfaat dalam dunia kecantikan. Selain membantu menyegarkan dan meningkatkan sirkulasi darah , ais juga mampu membantu menyelesaikan masalah jerawat.

Antara tip guna AIS:


1. Mencerahkan kulit

Campurkan ais batu dengan timun atau strawberries , kemudian bekukan selama beberapa jam. Ambil ketulan ais itu, gosokkan pada kulit wajah. Ulang teknik ini seminggu sekali. Campuran ini Boleh dijadikan badan scrub yang membantu mencerahkan kulit.


2. Kurang kan kesakitan jerawat

Ambil bungkusan ais yang diletakkan di dalam plastik kedap udara. Tekapkan di bahagian yang mempunyai masalah jerawat selamat 10 minit. Teknik ini dapat memenangkan sedikit keradangan atau rasa sakit di bahagian jerawat dan secara tidak langsung akan mengecutkan jerawat yang sedang membengkak.


3. Mengurangkan mata bengkak

Bungkus ketulan ais dengan Kain yang lembut dan nipis. Tuamkan bungkusan itu di bahagian mata pada awal pagi. Lakukan amalan ini sebaik sahaja bangun dari tidur kerana ia meredakan bengkak di bawah mata. Untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, bekukan  teh , kemudian gunakan teknik yang sama untuk menyegarkan mata.


4. Menutup pori - pori 

Selepas mencuci atau mengewap wajah , guna ais untuk menutup semula pori-pori yang terbuka. Anda juga Boleh gunakan teknik ni sebelum mengoles sekarang solekan. Tidak perlu terlalu lama kerana takut ia akan menyebabkan kegatalan..



Sekian.
Terima kasih.







Friday, 22 July 2016

TIP UNTUK MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Tip untuk menghilangkan nafas berbau , antaranya:

Cara 1 :

Rebus bunga dan kulit buah delima sehingga mendidih. Setelah sejuk , tapis lalu gunakan untuk berkumur.

Cara 2 :

Rebus kulit berbatang kayu dan akar delima sehingga mendidih. Setelah itu sejuk, tapis lalu hinakan untuk berkumur.

Cara 3 :

Jemur kulit buah delima hingga kering. Tebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu gunakan untuk berkumur.

Cara 4 :

Makan buah delima Segar tanpa bijinya dua hingga tiga biji sehari..

Cara tersebut boleh kurangkan sakit kerongkong kering atau suara serak ( parau ), batuk biasa

Semoga ia memberikan manfaat buah anda semua.


*** panduan lain :
Sebarang kesan dari pada amalan perubatan adalah berbeza bagi setiap individu. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

SINI dan SINI

Sekian.
Terima kasih.






Sunday, 3 July 2016

LEBIHKAN MAKAN MAKANAN BERSERAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Hari ni saya ingin berkongsikan serba sedikit untuk mengelak kan buasir dan sembelit ketika menyambut hari raya aidilfitri tidak lama lagi 3 hari lagi....

LEBIHKAN MAKAN MAKANAN BERSERAT UNTUK ELAKKAN BUASIR ATAU SEMBELIT.


1. Pastikan ambil makanan seimbang.

2. Kurangkan makanan berlemak.

3. Jangan ambil terlalu banyak karbohidrat atau protien .

4. Banyakkan serat dalam makanan.

5. Banyakkan minum air terutamanya air sejuk.



6. Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi , teh, Milo .

7. Kurangkan minuman berkarbonat kerana menyebabkan sembelit.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

Sumber:

Mingguan Malaysia 03 Julai 2016 Ahead



Wednesday, 27 April 2016

KELEBIHAN BERLARI UNTUK MEMBAKAR KALORI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Adakah Anda kerap menjalani aktiviti riadah atau senaman? Seperti berjalan , berlari di Taman Rekreasi ? Bersama KELUARGA tersayang di hujung minggu atau cuti am.


Image dari Mr Google ( berlari )


Banyak juga kelebihan membuat senaman seperti itu... Antara kelebihan adalah :

1. Menguatkan jantung dan meningkatkan kualiti kesihatan organ berkenaan. Mengurangkan risiko serangan strok sehingga 27%.

2. British Medical Jurnal menyatakan berlari mengurangkan risiko serangan diabetes jenis dua dan meredakan asma.

3. Mengurangkan risiko serangan kanser kolon , payudara dan Rahim sehingga 20%

4. Mengekalkan Berat badan seimbang. Berlari dalam tempoh 30minit pada jarak 3.2 kilometer mampu membakar lebih 600 kalori.

5. Berlari dapat meningkatkan fungsi otak dan mencegah serangan demensia. Aktiviti ini boleh mengelak serangan sehingga 40%.

6. Larian juga mengelak daripada serangan rapuh tulang stay osteoporosis. Meningkatkan kepadatan jisim tulang untuk anda lebih sihat dan mengelakkan kesihatan sendi bagi mengelak serangan arthritis.

7. Berlari di kawasan lapang pada waktu siang meningkatkan pengambilan vitamin D , iaitu daripada pendedahan kepada cahaya matahari.

8. Meningkatkan peredaran darah dalam badan. Tambahkan bekalan dengan sempurna.



Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.
Terima kasih.




# sumber :

Berita Harian Sabtu 2016

Saturday, 16 April 2016

TIP KEKAL SIHAT MUSIM PANAS

Assalammualaikum.

Image dari Mr Google ( Kementerian Kesihatan Malaysia )


Tip kekal sihat musim panas :


1. Banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti yang dijalankan.


2. Minum minuman isotonik untuk menggantikan badam yang hilang dari badan akibat berpeluh.


3. Lebihkan masa di rumah, pejabat daripada berada di luar rumah.


4. Gunakan pelindungan kepala untuk mengurangkan pancaran baba terus ke kepala dan badan kita.


5. Buka kipas dan pendingin hawa.


6. Pakai pakaian berwarna terang serta nipis daripada material kapas selain longgar bagi memudahkan proses pengaliran udara untuk badan supaya kurang berpeluh.


7. Sapu losyen pelindungan cahaya matahari.


8. Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein dan alkohol.




Kaedah terbaik mengelakkan dari pada kesan haba melampau sepanjang musim panas , menurut Dr. Hanafiah adalah

1. Jika pada cuaca biasa , lazimnya anda hanya mandi dua kali sehari, tetapi kini aktiviti itu lebih kerap.

2. Pastikan golongan berisiko diserang penyakit terutama dalam golongan orang - orang tua dan kanak-kanak tidak dibenarkan dibiarkan lama di dalam bilik sempit tanpa pengudaraan.

3. Awasi Anak anda jangan ditinggalkan didalam kereta.

4. Elakkan menjalani aktiviti di luar bangunan terutamanya kanak-kanak kerana mereka berisiko mengalami gejala keletihan haba.

5. Manfaatkan penggunaan pendingin hawa di kediaman. Jika perlu keluar rumah pastikan anda menggunakan topi atau payung sebagai pelindungan.

6. Gunakan pakaian daripada kain. Material ini lebih baik dan menyerap penuh selain melancarkan proses pengudaraaan pada kulit.

7. Anda dinasihatkan menggunakan topeng mulut bagi mengelakkan penyebaran bakteria atau habuk.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda.


Sekian.

Terima kasih.


Sumber:

Berita Harian Sabtu 2016




Monday, 11 April 2016

TIP MENCEGAH KEMURUNGAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Anda pernah mengalami situasi sebegini rupa sama ada anda seorang wanita selepas kelahiran dan menjalani berpantang. Atau anda juga mengalaminya ketika menerima pelbagai tugasan di tempat kerja. Dan sebagainya. Begitu juga buat lelaki.

Jom kita lihat apa dia KEMURUNGAN ini?


Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.


Bagaimanakah untuk mencegah situasi MURUNG ?


Antaranya adalah seperti berikutan:


1. Bersenam:


I. Rajin bersenam sekurang-kurangnya empat hingga lima kali seminggu selamat setengah jam.


II. Senaman dapat mengeluarkan hormon endorfin yang menghasilkan rasa seronok dan Segar, selainNya pertukaran darah ke otak lebih cepat.


2. Tidur dengan betul :


I. Tidur secukupnya setiap malam antara enam hingga lapan jam dan tidur pada masa sama setiap Hari.


II. Penggunaan bilik tidur yang betul, suasana menenangkan dan elakkan aktiviti seperti senaman atau menggunakan peralatan Elektronik seperti telefon bimbit.


III. Elakkan makan atau minum berlebihan sebelum tidur.


3. Jaga hubungan baik dengan semua orang :


I. Jaga hubungan baik dengan Ibu bapa , adik beradik, saudara-mara, jiran dan rakan sekerja


II. Mereka yang mengasingkan diri lebih mudah terdedah kepada kemurungan dan tidak mendapat sokongan orang lain ketika dalam kesusahan.


III. Jaga hubungan dengan Allah swt untuk ketenangan jiwa dengan solat dan berdoa.


4. Ketahui batas keupayaan:


I. Jangan cuba menjadi ' superman ' atau ' superwoman ' dengan melakukan semua perkara dalam satu masa.


II. Uruskan masa dengan bijak dengan mengutamakan perkara penting dan perlu diuruskan segera disusuli dengan perkara yang penting tetapi tidak perlu segera.


Beza kemurungan dengan kesedihan biasa ;


I. Sedih ;


i. Semua orang mengalaminya.

ii. Masa tertentu.
iii. Hari terhad.
iv. Masih Boleh melakukan pelbagai aktiviti atau melakukan rutin harian.
v. Tiada gejala.



II. Murung ;

i. Sejenis penyakit.
ii. Sentiasa sedih.
iii. Berpanjangan pada tempoh berbulan-bulan tahun.
iv. Aktiviti / fungsi harian terganggu.
v. Ada gejala.

Sumber:

--->>> akhbar BERITA HARIAN SABTU
BERITA UTUSAN ONLINE



Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.



Tuesday, 5 April 2016

JOM BASUH TANGAN ELAK JANGKITAN BAKTERIA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu.

Latihan membasuh tangan untuk anak-anak saya:

Credit Mr Google


Langkah pencegahan:

Orang Ramai:

1. Kerap mencuci tangan.
2. Amalkan kebersihan makanan.
3. Elak hubung rapat dengan pesakit.
4. Gunakan antibiotik apabila diberikan pengamal kesihatan berdaftar.
5. Amalkan preskripsi penuh.
6. Jangan guna antibiotik terlebih dos.
7. Jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain.

Pekerja kesihatan dan ahli farmasi:

1. Pastikan tangan, alat dan persekitaran bersih.
2. Simpan vaksin pesakit sehingga tarikh dibenarkan.
3. Apabila disyaki dijangkiti bakteria , terus berjumpa doktor untuk mengesahkan.
4. Berikan antibiotik apabila pesakit benar-benar perlu.
5. Tetapkan rawatan antibiotik yang betul, dos tepat untuk jangka masa betul.

Pembuat dasar atau kerajaan:

1. Sediakan pelan tindakan kebangsaan tangani rintangan antibiotik.
2. Tingkatkan pengawasan jangkitan tahan antibiotik.
3. Pengukuhan pencegahan jangkitan dan langkah kawalan. 
4. Mengawal dan menggalakkan penggunaan wajar bagi ubat berkualiti.
5. Ganjaran pembangunan baharu pilihan rawatan , vaksin, dan diagnostik.


Industri penjagaan kesihatan:

1. Melabur dalam antibiotik baharu, vaksin dan diagnostik.


Image dari Mr Google



Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.
Terima kasih.


**** sumber ---->>> BERITA HARIAN SABTU 




FAEDAH BERJALAN KAKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Jom kita buat senaman mudah sahaja. Tidak menggunakan kos cuma berjalan kaki . Mungkin anda selalu berjalan kaki ke mana - mana seperti ke kedai mini market atau menghantar anak-anak ke sekolah tadika yang berhampiran di rumah. Ataupun Ada juga yang suka window shopping , taman rekreasi, taman bunga , dan tempat tempat yang best bagi anda.

Aktiviti seperti ini sesuai dilakukan pada hujung minggu. Beriadah bersama keluarga tersayang. Meluangkan masa untuk bersama. Tak gitu. 

Credit dari Mr Google.

Apakah faedahnya BERJALAN KAKI untuk kesihatan kita ?


Antaranya adalah;

1. Menyihatkan jantung , mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolestrol.

2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko darah tinggi dan stroke.

3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan kaki meningkatkan keupayaan badan untuk memproseskan gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.

4. Mengawalkan berat badan dan membantu membentuk tubuh badan lebih baik.

5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan moden endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. 

6. Mengekalkan kekuatan otot.

7. Mengurangkan risiko osteoporosis.

8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.

9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.



Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih

**** sumber ---->>>> BERITA HARIAN SABTU




Friday, 25 March 2016

BUAH-BUAHAN DAN HERBA PENAWAR AMNESIA

Assalammualaikum...
Salam sejahtera... Alhamdulilah... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini , saya ingin berkongsikan tentang khasiat buah-buahan dan herba membantu amnesia



Antaranya buah-buahan dan herba penawar Amnesia adalah:


1. Epal merah:Kaya vitamin dan mineral seperti fosforus , zat besi, kalium dan oksidatif tekanan. Pengambilan epal, satu sudu teh madu dan secawan susu berupaya merawat amnesia.


2. Kacang Walnut:
Kacang walnut tinggi kandungan vitamin B , asid folat dan magnesium, berupaya mengatasi gangguan otak. Makan sekurang-kurangnya 20 gram sehari atau dengan kerap ( untuk kesan  lebih ketara ).



3. Kacang badam.
Kacang badam menguatkan otak , Minda , dan mengembalikan daya ingatan lemah disebabkan kelemahan otak. Amalkan tiga biji badam direndam segelas air sebelum tidur. Apabila bangun keesokkan harinya , makan badam Berkenaan. Dengan izinNya , Minda lebih cergas dan otak berfungsi baik.

4. Lada hitam:
Cuba campurkan lada hitam dan satu sudu teh madu pada waktu malam untuk mencegah masalah gangguan ingatan. Ia mengandungi zat besi magnesium dan kalsium.


5. Daun sage ( salvia officinalis )
Memberikan kesan pada lapisan luar otak ( kortek ). Herba berwarna kelabu hijau , berdaun kerinting ini digunakan dalam masakan kambing atau serbuk teh. Ia berupaya mengurangkan keletihan mental, antibiotic semulajadi dan bersifat diuretik.

6. Herba rosemary:
Boleh dimakan sebagai ulam, serbuk teh atau masukkan dalam masakkan. Diminum satu atau dua Kali sehari untuk hasil lebih berkesan.

7. Daun selasih:
Menguatkan ingatan dan menjaga fikiran dalam keadaan stabil berikutan kaya vitamin A , zat besi , vitamin C. Boleh dimakan terus selepas dibasuh sebagai ulam.

8. Meditasi:
Melakukan Meditasi atau senaman langkah terbaik merawat amnesia. Konsep ' MENENANGKAN FIKIRAN ' itu berupaya mengembalikan fungsi sistem saraf di samping amalkan tidur dan rehat mencukupi.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.


**** sumber
Berita Harian Sabtu 2016
















Friday, 18 March 2016

KREATIVITI ANAK-ANAK

Assalammualaikum..
Salam sejahtera...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Ketika ini , tengah melihat anak-anak memahirkan jari jemarinya untuk memegang pensil... Bagi mereka melakar di atas kertas....

Maaflah saya bukannya pakar dalam bidang ini... Tapi saya banyak membaca yang boleh saya kongsikan bersama anda... 

KREATIVITI ANAK-ANAK MELALUI CARA MENULIS PADA PERINGKAT AWAL 

Antaranya :

1. Si manja boleh meningkatkan penguasaan skil motor halus.

2. Boleh bebas berimaginasi.

3. Menajamkan koordinasi Mata dan tangan.



4. Menambah pemahaman , persepsi dan kemahiran visual.

5. Meningkatkan penguasaan awal untuk menguasai skil mengeja dan membaca.

6. Meningkatkan keyakinan diri ketika di sekolah.



7. Melatih si manja memberikan tumpuan kepada tugasan yang diberikan.

8. Sebagai latihan kognitif untuk menajamkan Minda.

9. Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel otak bergabung.

10. Latihan berulang Kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda...


 

Sekian. 
Terima kasih.

**** sumber PA&MA 2014


Thursday, 17 March 2016

GAYA MAKAN YANG SIHAT

Assalammualaikum...
Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..


Imej dari Mr Google

Antaranya:

1. Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak.

2. Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, mi, bijirin dan roti.

3. Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak , hati dan kerang boleh mbantu pembinaan Semula sel-sel darah merah yang hilang semasa melahirkan Anak dan darah nifas.

4. Pastikan Ibu mengambil air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.

5. Pengambilan kalori yang mencukupi di samping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu dan Oren serta sayur-sayuran hijau boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

6. Ibu menyusukan dengan susu Ibu boleh mengambil saiz makanan yang sama seperti sewaktu Hamil pada trimester ke-3 tetapi hendaklah meningkatkan pengambilan susu kepada tiga hingga tempat gelas sehari. Walaupun tiada bukti menunjukkan komposis kalsium  daripada susu Ibu dipengaruhi oleh pengambilan kalsium Ibu , dipercayai kekurangan kalsium bagi Ibu boleh meningkatkan penggunaan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari Ibu untuk mengekalkan  paras kalsium dalam susu Ibu bagi keperluan Bagi. Kekurangan kalsium bagi Ibu boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menpaus.

7. Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak , ayam dibuang kulit dan lemak, ikan, telur, soya, Tempe dan kekacang iaitu tiga hidangan sehari dan tiga hingga empat hidangan susu sehari. Pengambilan lebih berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu.

8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu tiga hingga Lima hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh dan tumbesaran bayi.

9. Pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan daripada penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih...






Sunday, 13 March 2016

8 FAKTA MENGENAI ANGGUR

Assalammualaikum....
Alhamdulilah... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Wahh... Buah Anggur... Sedapnya... Sudah lama tidak makan buah anggur...




Adakah anda menyukai buah anggur? Sudah semestinya anda menyukainya... Tetapi buah anggur juga banyak khasiatnya untuk kesihatan kita selama ini...

Mari kita lihat apa yang ada di dalam buah anggur ni...

8 Fakta mengenai Anggur: 

Antaranya:

Anggur mengandungi banyak NUTRIEN penting yang diperlukan oleh tubuh. Megandungi resveratrol iaitu sejenis anti - oksidan yang mampu mencegah kanser usus dan prostate , penyakit saraf , nyanyuk dan jangkitan virus serta fungus. Anggur merah pula secara spesifiknya pula adalah anti radang, anti alergi dan anti kanser. Buah anggur rendah kalorinya dan merupakan sumber mineral seperti zat besi , mangan dan copper yang tinggi. Masukkan anggur dalam menu mingguan anda kerana ia adalah sumber vitamin C , A , K , B KOMPLEKS dan Karoten yang diperlukan oleh badan.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda...

Sekian.
Terima kasih....





MADU PELBAGAI GUNA

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

MADU PELBAGAI GUNA


Pastikan MADU sentiasa Ada dirumah kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk anda sekeluarga. MADU yang Manisan yang tertua di dunia. Madu, yang diambil secara berterusan di dalam diet harian boleh mencegah pembentukan sel kanser dan penyakit jantung. Selain itu juga , antik fungus dan anti bakteria. Bagi atlet , pengambilan madu akan meningkatkan prestasi dengan mengekalkan paras glikogen dalam darah dan membantu setiap masa yang singkat.

Jika si manja anda batuk atau sakit tekak , berikan madu setiap pagi dan petang untuk kesan pemulihan yang berkesan. Ia juga mengandungi probiotik. Madu juga boleh merawat luka dan kesan lecur. Awas , jangan berikan kepada si manja kurang dari setahun umurnya kerana ia boleh menyebabkan alergi. Elakkan daripada menggunakan perkakas besi dalam mengendalikan madu kerana ia boleh menghilangkan khasiat di dalan madu tersebut.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda ....

Sekian.
Terima kasih...




Tuesday, 23 February 2016

KEBAIKAN EPAL UNTUK KESIHATAN DIRI


Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Pada ketika ini, tengah membaca satu kebaikan buah epal... Tidak kisah Lah apa jenis atau warnanya... epal merah, epal hijau dan sebagainya...

Di sebalik pengambilan buah-buahan ini akan memberikan pelbagai khasiatnya dan kebaikannya...untuk kepentingan tubuh badan manakala airnya sesuai untuk digunakan sebagai pembersih kulit

Setiap pengambilan satu biji epal untuk setiap Hari, kesihatan anda pasti terjamin. 

Epal juga boleh dijadikan menu pemakanan harian terutama bagi yang mengalami masalah kegemukan dalam membantu mendapat berat bad an yang ideal.


Image dari Mr Google

Apakah kebaikan buah epal?

Antaranya:

1. Melindungi daripada kanser
- epal kaya dengan bahan flavonoid yang mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.

2. Mencegah penyakit Alzheimer 
- kajian terbaru mendapati tikus yang diberikan minum air jus epal dapat mengelak masalah Alzheimer dan melawan kesan penuaan pada otak mereka. Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cergas.

3. Gigi lebih kuat dan putih
- epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit mengunyahkannya menggalakkan pengeluaran air liur. Ini akan membantu mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut.

4. Mengelak Parkison.
-kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada parkison kerana penyakit itu berlaku apabila sel  saraf yang dihasilkan dopamin terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak.

5. Menurunkan kolestrol
- epal mempunyai serat larut yang mampu ' menarik ' dan membuang kolestrol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolestrol menurun.

6. Jantung lebih sihat
- pengambilan serat tinggi menurunkab kolestrol , seterusnya memjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengunpulan plak pada salur arteri.

7. Mengelak pembentukan Batu karang
- kandungan kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

8. Mengelak Sembelit
- pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan prose's pembuangan najis mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.


Oklah ini sahaja yang dapat dimanfaatkan buat anda semua....

Sekian.
Terima kasih...

*** sumber dari Berita Harian


Wednesday, 10 February 2016

BARANG-BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAKAL BAYI DIBAWA KE HOSPITAL


Asalammualaikum..
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini , saya ingin kongsikan :

Barang - barang keperluan untuk IBU dan bakal Bayi  dibawa ke hospital


Image dari MUMMY

Semoga ia memberikan manfaat buat anda....

Sekian.
Terima kasih.



Tuesday, 9 February 2016

TIP MUDAH BERSALIN

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

TIP MUDAH BERSALIN:


IMAGE DARI FACEBOOK...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian....

Sekian.
Terima kasih




Tuesday, 26 January 2016

TIP YANG BOLEH DIAMALKAN SEPANJANG KEHAMILAN


Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Pada hari ini , saya terbaca satu tip mengenai tip yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan...

Anda semua boleh lihat image dibawah :




In sha Allah... Ia membantu anda yang sedang Hamil...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian terima kasih...



Sunday, 24 January 2016

7 KUNCI KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....




SEBELUM TIDUR....7 KUNCI KEBAHAGIAAN...




Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:

1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.


Ya ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang...


✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini.
✔ Lapangkanlah hatinya.
✔ Bahagiakanlah keluarganya.
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan.
✔ Mudahkan segala urusannya.
✔ Kabulkan cita-citanya.
✔ Jauhkan dari segala Musibah.
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....Aamiin ya Rabbal'alamin.


Sekian.
Terima kasih

Sunday, 20 December 2015

JUS DELIMA BAKAR KALORI

Assalammualaikum
dan  salam sejahtera

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu ...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh ALLAH SWT walaupun dimana sahaja anda berada...



Jus delima membantu bakar kalori

SINI

Antara kita masih inginkan susuk tubuh yang langsing dan ideal .... Tidak kisah usia ... Yang ingin juga sentiasa cantik dan menawan until kulit dan wajah yang Segar.  Kerana buah delima mempunyai anti oksida untuk menyingkirkan segala toksin dari dalam tubuh kita.


Selain itu , walaupun sukar untuk diproses , hasilnya amat memuaskan hati. Jus delima mengandungi serat dan anti oksida yang tinggi serta baik until membakar kalori. Ia juga membantu dalam proses penyaluran makanan kepada salur percernaan dan merangsang peningkatan metabolisme badan. Hanya cukup segelas pada waktu malam sebelum tidur dan mampu memberikan tidur yang nyenyak.


Semoga ia mmemberikan manfaat buat anda...


Sekian.
Terima kasih.